"Manage your employee well so that they will manage your company great."
Sujeeta DIllon
Principal Consultant at uruspekerja.com

hi...

Puan Sujeeta Dillon merupakan seorang HR Management Consultant. 

Beliau merupakan salah sorang co-founder kepada tim uruspekerja.com yang membantu pemilik bisnes menguruskan pekerja dengan cara mudah dan sistematik. 

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (L.L.B Hons) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga merupakan seorang pengamal perhubungan industri bertauliah (Certified Industrial Relations Practitioner) 

Beliau menceburi bidang pengurusan korporat dan syarikat bermula 2004 pada usia 17 tahun semasa beliau sedang menjalankan pengajian di peringkat matrikulasi dalam bidang perundangan. 

Kerjaya beliau dalam bidang pengurusan perniagaan dan pekerja bermula seawal tahun ketiga pengajian nya iaitu pada tahun 2008 dan minat berkenaan bidang pengurusan korporat dan HR menjadi sebahagian besar daripada topik-topik pengajian yang diambil dalam Ijazah beliau.

Kerjaya pertama beliau setelah selesai pengajian adalah dalam bidang kajian muamalat dan penelitian kontrak di salah satu NGO ternama negara dan disitu beliau menceburi minat yang lebih mendalam dalam konsep pengurusan dan implikasinya dalam sesebuah organisasi. 

Beliau kemudian ditawarkan untuk menjadi Pegawai Eksekutif bagi anak syarikat perdagangan di bawah industri Oil and Gas selama 1 tahun menguruskan prestasi pekerja dan penyediaan kontrak.  

Kemudian beliau ditawarkan untuk menceburi sektor perkhidmatan awam dalam bidang yang diminati iaitu pengurusan pekerja dan penggunaan tenaga kerja industri di Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga Kerja Putrajaya. 

Sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang kakitangan awam dalam peringkat pengurusan professional banyak mendedahkan beliau kepada penilaian aspek pekerja secara teori dan praktikal. 

Beliau mahir bukan sahaja daripada segi pelaksanaan hal ehwal melibatkan pekerja secara teknikal dan praktikal tetapi juga dalam penggunaan perundangan perburuhan dan implikasinya terhadap perniagaan. 

Puan Sujeeta Dillon kini merupakan konsultan yang telah berurusan lebih daripada 200 perniagaan dan syarikat SME dalam tempoh 3 tahun dan telah menyediakan manual pengurusan pekerja dan korporat bagi syarikat yang bersedia untuk mengembangkan bisnes secara stabil dan sistematik. 

Beliau juga berpengalaman menjadi pemilik dan pengarah eksekutif bagi 5 buah syarikat sendirian berhad sebelum beliau fokus sepenuhnya pada team uruspekerja.com pada tahun 2017. 

Dalam tempoh 7 tahun pengalaman beliau sebagai seorang konsultan pengurusan HR, beliau mengendalikan lebih daripada 960 sesi temuduga melibatkan lebih daripada 2000 calon pekerja. 

Beliau memahami bahawa proses pengurusan pekerja bagi bisnes SME adalah proses yang mengambil masa dan tenaga pemilik bisnes sehinggakan proses ini boleh menjejaskan perkembangan bisnes jika tidak diberikan panduan dan bantuan yang sepatutnya. Disebabkan oleh kesedaran inilah yang menyebabkan beliau memulakan perjuangan tim uruspekerja.com untuk membantu ramai lagi pemilik bisnes menguruskan pekerja mereka secara mudah dan sistematik.

Kami rasa amat berbangga kalau anda mahu baca konten-konten premium dari kami melalui emel.

Lebih dari 13,786 pemilik bisnes yang subscribe emel urus pekerja untuk dapatkan konten mingguan kami.

Subscribe emel urus pekerja di sini: [email protected]

ADA PERTANYAAN?

Klik butang di bawah untuk berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan kami.