
3 Cara 'Scan' Pekerja Sebelum Beri Kepercayaan
Biasa dengar ayat macam ini:
“Saya percaya kat dia sebab kami dah lama kenal.”
“Saya percaya kat dia. Tawakal, InshaAllah.”
“Dia power buat perkara X. Jadi saya percaya kat dia 100%.”
Benda yang paling seram untuk semua majikan adalah bila dapat tahu pekerja yang mereka percaya sebenarnya tak boleh diharap langsung.
Nampak macam busy memanjang tapi kerja tak pernahnya nak siap.
Ada masa dia salah guna harta benda syarikat.
Dapat tahu dia cuba curi database.
Entah apa yang dia buat sebenarnya…
Lagi sedih, majikan yang kena hadap segala kerugian disebabkan pekerja yang sebenarnya tak boleh diharap.
Jadi macam mana nak urus ‘kepercayaan’ kepada pekerja?

Konsep PERCAYA pada pekerja, tak sama macam konsep percaya pada keluarga dan kawan.
Urus kepercayaan dengan bijak.
BOLEH percaya tapi ada tahapnya.
Jadi majikan yang bijak dan uruskan kepercayaan anda dengan cara yang betul.
3 CARA SYARIKAT KORPORAT URUS KEPERCAYAAN KEPADA PEKERJA
1. Beri arahan yang spesifik daripada tugasan harian yang biasa pekerja anda buat.
Contoh #1:
Bagi satu arahan spesifik untuk pekerja bahagian akaun keluarkan report petty cash sahaja.
Contoh #2:
Selama ni tugasan pekerja anda cuma perlu jaga stok. Bagi satu arahan spesifik untuk dia pecahkan susunan stok ikut kategori yang berbeza-beza mengikut keperluan.
Lepas arahan yang jelas diberikan.
Anda nilai semula sama ada pekerja tersebut boleh ikut arahan dengan baik atau tidak.
Jika pekerja anda berjaya dengar arahan dan laksanakan tugas yang diberi dengan baik, bermakna pekerja anda boleh dipercayai untuk menggalas tanggungjawab tersebut sebelum anda buat keputusan untuk kenaikan pangkat, gaji atau penambahan tugasan.
Sebaliknya jika pekerja tersebut gagal dengar arahan dan gagal melaksanakan tugasan yang diberikan?
Anda perlu ukur semula tahap kepercayaan pada pekerja tersebut.
Secara tak langsung anda juga boleh mula persoalkan kredibiliti pekerja tersebut.
2. Minta pekerja isi satu borang maklum balas tentang pemahaman tugasan harian mereka dari mula hingga akhir.
Kemudian minta mereka terangkan pada anda, apa tanggungjawab mereka dalam bisnes.
Jika pekerja tersebut boleh isi borang maklum balas dengan baik dan jawapan yang diberi jelas, bermakna pekerja anda boleh diberikan kepercayaan untuk galas tanggungjawab tanpa perlu pemantauan sepanjang masa.
TAPI!
Jika pekerja anda jawab soalan tersebut sambil lewa dan tak ada jawapan yang tepat…
Anda perlu pantau semula prestasi pekerja tersebut dan pastikan mereka faham apa tanggungjawab mereka dalam syarikat.
3. Benda ni paling mudah untuk dibuat tapi ramai yang tak nampak.
Cara paling cepat nak tahu pekerja boleh dipercayai atau tidak.
TANYA apa pendapat mereka untuk pasang CCTV di tempat mereka bekerja (Jika belum pernah pasang).
Tanya One to One, bukan dalam kumpulan.
Anda boleh buat penilaian sendiri melalui respon pekerja tersebut pada masa itu.
Adakah beliau terkejut?
Adakah beliau risau?
Adakah beliau bantah?
Saya yakin, berdasarkan pengalaman majikan yang boleh baca karakter seseorang pekerja.
Anda akan nampak dengan jelas apa yang pekerja anda cuba nak sampaikan.
Dan lepas tanya tu, pasanglah CCTV kat tempat mereka bekerja.
Sebenarnya…
Kelebihan pasang CCTV iniΒ untuk bantu pekerja anda sedar bahawa mereka tak boleh buat kerja sembarangan.
Sampai satu tahap mereka sendiri akan ada tabiat “bekerja dengan betul”.
Mereka akan buat dan siapkan kerja walaupun tak dipantau secara langsung.

Jadilah majikan yang bijak.
Nak percaya pada pekerja kena ada tahapnya. Uruskan kepercayaan dengan betul supaya tak mudah TERTIPU dengan mereka.