Perancangan Struktur Semula Tenaga Kerja & Pengurangan Kos Operasi Secara Beretika

KHIDMAT NASIHAT HR PROFESIONAL DI NEGERI SEMBILAN

penyusunan semula syarikat

“Melaksanakan penyusunan semula syarikat menuntut perancangan yang teliti agar operasi perniagaan kekal utuh tanpa menjejaskan ekosistem kerja.

Kami sedia membantu majikan menstrukturkan kembali organisasi dengan langkah yang strategik, efisien, dan selari dengan garis panduan rasmi jabatan tenaga kerja.”

Melindungi Syarikat Anda | Patuh Akta Kerja 1955 | Dipercayai oleh 217
SME Semenanjung dan Kini Di Seremban & Senawang

Melaksanakan Peralihan Organisasi Tanpa Menjejaskan Reputasi?
Ya, Ia Boleh Direalisasikan.

Mengharungi arus perniagaan yang dinamik memerlukan strategi yang tajam. Ada ketikanya, majikan perlu mengoptimumkan saiz pasukan melalui proses penyusunan semula syarikat demi menjamin kelangsungan operasi jangka panjang.

Sebagai majikan, anda pastinya mahukan peralihan yang lancar, TANPA mencemarkan integriti korporat anda atau menanggung kos kerugian luar jangka akibat kesilapan prosedur teknikal.

Kini, anda boleh bertenang dan biarkan pakar kami membantu anda melindungi kestabilan empayar perniagaan anda.

Anda tidak perlu merangka pelan penstrukturan yang kompleks ini secara try-error.


Pasukan perunding di EasyHR sedia mengurus proses penyusunan semula syarikat bagi pihak anda—memastikan setiap fasa diuruskan secara harmoni, menjaga nama baik jenama anda, dan mematuhi garis panduan.

Menangani Isu Pertindihan Peranan Dan Lebihan Kos Buruh Dalam Perniagaan

Apabila keadaan ekonomi atau hala tuju perniagaan berubah, melaksanakan penyusunan semula syarikat untuk penyesuaian kos operasi khususnya kos tenaga kerja menjadi langkah penting demi kelangsungan perniagaan. Namun, ia tidak boleh dilakukan tanpa perancangan teliti.

Risiko Pertikaian Kaedah Pemilihan Pemberhentian

Kegagalan mematuhi prinsip undang-undang industri seperti Last In, First Out (LIFO) atau prinsip keadilan pemilihan boleh menyebabkan proses retrenchment dianggap tidak sah.

Pengiraan Pampasan Faedah Pemberhentian Yang Silap

Pengiraan bayaran pampasan (termination benefits) yang tidak mengikut formula yang ditetapkan di bawah peraturan kerja bagi kakitangan yang layak.

Kegagalan Kewajipan Melaporkan Borang PK Kepada JTK

Terlepas pandang tanggungjawab undang-undang setelah melakukan penyusunan semula syarikat untuk melaporkan penstrukturan atau pemberhentian kerja kepada Pejabat Tenaga Kerja tempatan dalam tempoh yang ditetapkan.

Jalankan Proses Penyusunan Semula Syarikat Secara Strategik Dan Patuh Peraturan JTK

Kami membantu anda merancang dan melaksanakan pelan optimisasi tenaga kerja dengan meminimumkan gangguan terhadap emosi kakitangan dan kestabilan operasi.

Analisis Keperluan Tenaga Kerja (Manpower Audit)

Mengkaji struktur organisasi sedia ada untuk mengenalpasti fungsi kerja yang bertindih (redundancy) serta mencadangkan penempatan semula atau penggabungan jabatan.

Pengurusan Skim Pemisahan Sukarela (VSS / MSS)

Merangka syarat, pakej pampasan, dan dokumen tawaran untuk Skim Pemisahan Sukarela (VSS) atau Skim Pemisahan Persetujuan Bersama (MSS) bagi mencapai persetujuan dua hala yang harmoni.

Penyediaan Laporan Rasmi & Borang JTK (Borang PK)

Menguruskan semua urusan dokumentasi pelaporan rasmi kepada Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan bagi memastikan syarikat anda mematuhi piawaian pelaporan mandatori.

Kami Telah Membantu
217 Syarikat SME Menyelesaikan Konflik HR

Kami berpengalaman mengendalikan lebih daripada 502 kes konflik antara majikan dan pekerja merentasi pelbagai industri seperti sektor peruncitan, pembuatan, logistik, perkhidmatan profesional, klinikal, I.T, perkilangan, kosmetik, kesihatan, pemasaran dan termasuklah penyusunan semula syarikat. Semua kes diselesaikan dengan bersih tanpa ada sebarang isu berbangkit selepas diselesaikan.

Very Professional Agency. Our company with this agency since 2020 and consistent give the best service.

Aizat Razak

Very profesional, advicing dan consult kami interm of HR dan strategy untuk keharmonian. Team yang competant dan mereka consult based pada real scenario.

Hazwan Syahmi

Easy and professional in my company’s HR matters. No need to worry about everything about HR. Highly recommended.

Hafiz Azman

Bukan sekadar HR, team sangat professional, mudah untuk berbincang. Untuk yang baru bermula berniaga dan medium saiz bisnes sangat2 berbaloi untuk gunakan servis mereka.

Apex Apex

Adakah setiap keputusan pemutusan kontrak memerlukan pengeluaran Surat Tunjuk Sebab (Show Cause Letter)?

Bagi kes-kes yang melibatkan salah laku tatatertib atau pelanggaran peraturan dalaman syarikat, pengeluaran Surat Tunjuk Sebab adalah langkah mandatori di bawah prinsip keadilan asasi (natural justice). Langkah ini memberikan ruang secara bertulis kepada kakitangan untuk memberikan penjelasan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil oleh majikan.

Apakah beza antara Pelan Peningkatan Prestasi (PIP) dan tindakan disiplin terus?

Tindakan disiplin terus biasanya diambil bagi kes seperti isu disiplin SME Seremban dan salah laku berat (gross misconduct) masalah. Manakala, isu prestasi kerja yang rendah (underperformance) memerlukan pelaksanaan PIP terlebih dahulu. PIP memberikan tempoh masa yang munasabah (kebiasaannya 30 hingga 90 hari) bersama KPI yang jelas untuk membolehkan kakitangan meningkatkan kualiti kerja mereka sebelum sebarang keputusan penamatan kontrak dipertimbangkan.

Bagaimana kehadiran perunding EasyHR sebagai pihak ketiga dapat membantu majikan mengurangkan ketegangan semasa sesi transisi perkhidmatan?

Sesi pemutusan kontrak sering kali dicemari oleh reaksi emosional atau pertikaian lisan. Kehadiran perunding profesional kami sebagai pihak neutral memastikan sesi tersebut berjalan secara objektif, berpandukan dokumentasi bukti bertulis yang lengkap, serta memelihara maruah kedua-dua pihak tanpa mencetuskan konfrontasi fizikal di pejabat syarikat anda.

Borang Penilaian Risiko & Analisis Awal Kes HR Syarikat

Hubungi EasyHR hari ini untuk khidmat rundingan pemutusan kontrak kakitangan yang sah dan terjamin.

Sila lengkapkan borang di bawah untuk kami membantu anda memahami profil situasi pengurusan kakitangan di syarikat anda.

Segala maklumat dikendalikan secara Sulit dan Profesional di bawah polisi kerahsiaan EasyHR.