Pengurusan Pemutusan Kontrak Kakitangan Secara Sah, Teratur & Profesional

KHIDMAT NASIHAT HR PROFESIONAL DI NEGERI SEMBILAN

Pemutusan Kontrak Kakitangan

‘Satu kesilapan teknikal dalam pemutusan kontrak kakitangan boleh mengheret syarikat anda ke masalah yang lebih besar. Kami sedia membantu majikan di Seremban, Senawang atau S2 mengurus seluruh proses penamatan—99% tanpa konfrontasi fizikal dan tanpa drama pejabat.’

Melindungi Syarikat Anda | Patuh Akta Kerja 1955 | Dipercayai oleh 217
SME Semenanjung dan Kini Di Seremban & Senawang

Dapatkan Sesi Semak Risiko HR 30 Minit – Tempah Sesi Sekarang

“Nota: Rundingan pemutusan kontrak kakitangan ini adalah 100% SULIT.
Kami hanya menerima 3 pemilik SME di Negeri Sembilan seminggu untuk memastikan kes dikaji secara mendalam.”

Melaksanakan Penamatan Perkhidmatan Tanpa Risiko Konflik?
Ya, Ianya Boleh Dilakukan.

Mengemudi sesebuah perniagaan ada cabarannya, lebih-lebih lagi apabila anda terpaksa membuat keputusan sukar berkaitan pemutusan kontrak kakitangan akibat kemerosotan prestasi yang berpanjangan.

Sebagai majikan, anda pasti mahu penyelesaian yang tuntas demi memelihara ekosistem kerja, TANPA perlu menghabiskan masa anda mengkaji selok-belok birokrasi buruh.

Kini, lepaskan kebuntuan tersebut dan biarkan kami mengambil alih tugas teknikal ini

Anda
tidak perlu lagi merangka surat pelepasan atau bergelut dengan akta kerja bersendirian.

Pakar perunding kami di EasyHR sedia menstrukturkan proses pemutusan kontrak kakitangan bagi pihak anda—dijamin sulit, mematuhi garis panduan rasmi dalam tempoh yang sangat efisien.

Risiko Jika Proses Pemutusan Kontrak Kakitangan
Diambil Ringan

Ramai pemilik perniagaan di Sikamat, Paroi, dan Ampangan melakukan tindakan penamatan secara terburu-buru akibat tekanan emosi, tanpa menyedari implikasi undang-undang yang bakal dihadapi.

Surat Tunjuk Sebab (Show Cause Letter) Yang Lemah

Surat amaran atau surat tunjuk sebab yang dikeluarkan tanpa menyatakan butiran kesalahan secara spesifik, tarikh kejadian, atau klausa kontrak yang dilanggar.

Pelanggaran Prinsip Keadilan Asasi (Natural Justice)

Menamatkan perkhidmatan kakitangan tanpa memberikan ruang yang adil untuk mereka membela diri atau memberikan penjelasan bertulis terhadap tuduhan salah laku.

Konflik Fizikal & Sabotaj Data Semasa Sesi Penyerahan Surat

Sesi pemutusan kontrak kakitangan yang tidak dikendalikan dengan matang berisiko mencetuskan provokasi, sabotaj ke atas fail sulit syarikat, atau pertikaian di premis pejabat.

Urus Transisi Pemutusan Kontrak Kakitangan Dengan Tenang Dan Mematuhi Standard Industri

EasyHR bertindak sebagai penampan profesional bagi memastikan sesi pemutusan hubungan kerja berlangsung dalam keadaan terkawal dan selamat.

Rangkaian Dokumen HR Bertaraf Perundangan

Menyediakan draf Surat Tunjuk Sebab, Surat Amaran Rasmi, Surat Penangguhan Tugas, dan Surat Penamatan Kontrak yang disusun rapat mengikut kehendak Akta Kerja 1955.

Khidmat Pihak Ketiga Neutral Semasa Sesi Transisi

Konsultan kami bersedia hadir ke premis pejabat anda di Seremban atau Senawang untuk mengetuai sesi penyerahan surat, mengendalikan perbincangan secara objektif, dan memastikan pemulangan harta serta aset syarikat dilakukan dengan tertib.

Perjanjian Pelepasan Bersama (Mutual Separation Agreement – MSA)

Merangka dokumen MSA sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara aman dengan terma penyelesaian yang dipersetujui bagi menutup ruang tuntutan masa hadapan.

Kami Telah Membantu
217 Syarikat SME Menyelesaikan Konflik HR

Kami berpengalaman mengendalikan lebih daripada 502 kes konflik antara majikan dan pekerja termasuklah pemutusan kontrak kaitanga. Ianya merentasi pelbagai industri seperti sektor peruncitan, pembuatan, logistik, perkhidmatan profesional, klinikal, I.T, perkilangan, kosmetik, kesihatan, pemasaran dan kini kami mula fokus bagi isu disiplin SME di Seremban. Semua kes diselesaikan dengan teliti tanpa ada sebarang isu berbangkit dari mana-mana pihak.

Very Professional Agency. Our company with this agency since 2020 and consistent give the best service.

Aizat Razak

Very profesional, advicing dan consult kami interm of HR dan strategy untuk keharmonian. Team yang competant dan mereka consult based pada real scenario.

Hazwan Syahmi

Easy and professional in my company’s HR matters. No need to worry about everything about HR. Highly recommended.

Hafiz Azman

Bukan sekadar HR, team sangat professional, mudah untuk berbincang. Untuk yang baru bermula berniaga dan medium saiz bisnes sangat2 berbaloi untuk gunakan servis mereka.

Apex Apex

Adakah setiap keputusan pemutusan kontrak memerlukan pengeluaran Surat Tunjuk Sebab (Show Cause Letter)?

Bagi kes-kes yang melibatkan salah laku tatatertib atau pelanggaran peraturan dalaman syarikat, pengeluaran Surat Tunjuk Sebab adalah langkah mandatori di bawah prinsip keadilan asasi (natural justice). Langkah ini memberikan ruang secara bertulis kepada kakitangan untuk memberikan penjelasan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil oleh majikan.

Apakah beza antara Pelan Peningkatan Prestasi (PIP) dan tindakan disiplin terus?

Tindakan disiplin terus biasanya diambil bagi kes seperti isu disiplin SME Seremban dan salah laku berat (gross misconduct) masalah. Manakala, isu prestasi kerja yang rendah (underperformance) memerlukan pelaksanaan PIP terlebih dahulu. PIP memberikan tempoh masa yang munasabah (kebiasaannya 30 hingga 90 hari) bersama KPI yang jelas untuk membolehkan kakitangan meningkatkan kualiti kerja mereka sebelum sebarang keputusan penamatan kontrak dipertimbangkan.

Bagaimana kehadiran perunding EasyHR sebagai pihak ketiga dapat membantu majikan mengurangkan ketegangan semasa sesi transisi perkhidmatan?

Sesi pemutusan kontrak sering kali dicemari oleh reaksi emosional atau pertikaian lisan. Kehadiran perunding profesional kami sebagai pihak neutral memastikan sesi tersebut berjalan secara objektif, berpandukan dokumentasi bukti bertulis yang lengkap, serta memelihara maruah kedua-dua pihak tanpa mencetuskan konfrontasi fizikal di pejabat syarikat anda.

Dapatkan Sesi Semak Risiko HR 30 Minit – Tempah Sesi Sekarang

“Nota: Rundingan pemutusan kontrak kakitangan ini adalah 100% SULIT.
Kami hanya menerima 3 pemilik SME di Negeri Sembilan seminggu untuk memastikan kes dikaji secara mendalam.”