fbpx

5 LANGKAH ANDA WAJIB BUAT SEBELUM DAPATKAN PEKERJA

Semua orang bisnes akan menghadapi saat dimana mereka perlu mengambil pekerja.

Tidak kira sama ada mereka mengambil pekerja tersebut kali pertama ataupun mahu menambah pekerja, hampir semua menghadapi masalah seperti berikut:

  • Risau tidak mampu bayar gaji.
  • Risau kerja yang diberi tak banyak sampai pekerja nanti boleh goyang kaki.
  • Risau jika dapat pekerja yang tidak sesuai dengan kerja yang kita beri.

Pendek kata, bukan semua pemilik bisnes boleh pejam mata dan upah pekerja begitu sahaja tanpa mempunyai perancangan yang teliti.

Untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak dan atasi kerisauan diatas, ikuti lima langkah ini sebelum mendapatkan pekerja.


Langkah 1:

  • Catat kerja yang anda buat setiap hari dengan menggunakan jurnal kerja atau juga dikenali sebagai work diary

  • Bukan untuk kenang-kenangan semata-mata, anda perlu mencatat kerja apa yang telah anda buat sehari suntuk selama dua minggu berturut-turut (lebih lama lebih baik)

  • Daripada kaedah ini, anda akan dapati bahawa anda sudah boleh nampak corak bekerja (working pattern) anda dan corak ini yang akan digunakan untuk mengenal pasti kerja apa yang paling kerap anda lakukan dan mahu agihkan tugas tersebut pada pekerja yang mahu digajikan

Langkah 2:

  • Mula catat skop kerja yang berkaitan daripada corak yang anda telah dapati tadi jadi anda sudah tahu jenis dan kategori kerja yang pekerja boleh lakukan

  • Langkah ini akan membantu anda selesaikan masalah pekerja tidak cukup kerja untuk dibuat. Dengan cara ini anda boleh kawal tahap kerja yang anda bakal beri bersesuaian dengan tempoh masa bekerja yang ditetapkan

     

Langkah 3:

  • Kenal pasti kelengkapan yang pekerja anda perlukan untuk siapkan kerja yang bakal diberikan kepada mereka.

  • Langkah ini membantu anda membuat persiapan awal supaya pekerja anda tidak menggunakan alasan tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk laksanakan kerja yang telah dipertanggungjawabkan.



Langkah 4:

  • Ukur tahap kemampuan anda untuk mendapatkan pekerja daripada segi gaji, upah, bonus, komisyen atau sebagainya.

Dengan cara ini anda sudah tahu dari awal sama ada anda mampu untuk ambil atau tambah pekerja.

Langkah ini membantu anda mengelak terjadinya masalah tidak mampu bayar gaji pekerja baru itu nanti.



Langkah 5:

Anda kini sudah boleh mula melakar jenis pekerja yang anda mahu bermula daripada kategori umur yang sesuai, tempoh masa bekerja, jantina, kelayakan akademik, pengalaman minimum, kemahiran lain dan sebagainya.

Langkah terakhir ini akan membantu anda mendapatkan pekerja yang sesuai dan betul sekiranya dibuat dengan teliti.

Mudah kan?

Proses ini semua mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk membantu anda membuat keputusan:

  • Kerja apa yang mahu diberi
  • Berapa gaji yang anda boleh bayar mereka
  • Persiapan apa yang perlu sebelum mendapatkan pekerja tersebut
  • Jenis pekerja yang sesuai

 

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

1000 superfans!

Tinggalkan nama dan alamat emel di bawah untuk dapatkan konten premium tentang pengurusan 'HR' gaya korporat melalui emel.

4.7/5