fbpx

4 Petanda Bisnes Anda Perlukan Pekerja.

Bisnes semakin bagus. 

Bisnes semakin berkembang.

Sibuknya tak habis.

Rasa macam kena ambil/tambah pekerja. 

Tetapi..

Masih tak yakin. Betul ke kena ambil/tambah pekerja?<< Ini masalah yang biasa dihadapi oleh pemilik bisnes. 

Sama ada anda baru kali pertama ingin ambil pekerja ataupun ingin tambah lebih pekerja, dilemma ini memang akan melanda anda.

Jadi timbul persoalan disini:

Apakah petanda untuk anda pertimbangkan untuk ambil/tambah pekerja?

Sekiranya ini adalah jawapan anda:

  • Kerja tak sempat siap.
  • Masa dah makin suntuk.
  • Sibuk selalu.
  • Tiada masa untuk diri sendiri.
  • Waktu untuk siapakan kerja semakin lama. 
  • Masa terkejar-kejar.
  • Tawaran dah makin bertambah.
  • Permintaan tinggi tapi tak dapat nak uruskan.

Maka teruskan membaca dan mari kita lihat dari sudut yang berbeza.

Daripada perspektif pemilik bisnes, kita sebenarnya perlu melihat samaada:

  1. Kerja dah banyak itu tak semestinya yang kita buat itu perlu. Kerana ada masanya kita buat kerja yang banyak tanpa sedari kita buang masa dan tenaga kerana tidak susun kerja dengan baik. Bayangkan jika kita sudah ada pekerja? Mereka berpotensi ulangi apa yang kita buat dan jika mereka buat kerja yang sebenarnya tak perlu, bukankah membazir jika kita gajikan mereka.
  2. Tuan/Puan sibuk buat apa sebenarnya. Sibuk menjana atau sibuk mencuba benda baru dalam bisnes? Kita semua sibuk. Cuma bezanya kita sibuk buat benda yang berhasil atau tidak untuk kembangkan bisnes kita? Jika kita sendiri tak pasti kita sibuk buat apa, macam mana kita nak uruskan pekerja nanti? 
  3. Bisnes mungkin huru hara sebab kita sendiri tidak teratur dan  tidak pandai menguruskan kerja dan masa, apatah lagi nak tambah pekerja? Kalau tambah huru hara macam mana?
  4. Banyak tawaran projek itu bagus tetapi kita selalu gagal untuk tapi jenis tawaran apa yang sesuai dengan keadaan kita.Bisnes jual kain tapi dapat offer supply baju kemeja. Sibuk nak ambil offer baju kemeja. Tanpa kita tak sedar yang bisnes yang bisnes kain tadi entah kemana-mana dan fokus serta kewangan kita dah beralih kepada kerja supply baju kemeja. Jika ada pekerja mana satu kerja yang kita mahu mereka buat?

Sekiranya Tuan/Puan betul-betul:

  • Mempunyai kerja yang banyak DAN kerja tersebut menyumbang kepada pendapatan dan perkembangan bisnes. 
  • Sibuk dengan aktiviti yang menjana pendapatan syarikat dan untuk memenuhi permintaan pelanggan. 
  • Anda yakin bisnes anda perlu berkembang DAN anda boleh uruskan masa anda dengan baik. 
  • Anda menerima tawaran yang benar-benar anda boleh kendalikan dan anda fokus dengan apa yang anda mahu buat.

MAKA dengan penuh SUKACITA, situasi-situasi diatas sudah boleh dianggap sebagai PETANDA untuk anda ambil atau tambah pekerja. 

Jadi apa yang anda harus buat seterusnya?

 

Mulakan perjalanan anda untuk ambil pekerja pertama anda ATAU untuk teruskan menambah pekerja dalam bisnes anda.

Klik disini untuk tahu 5 Langkah Anda Wajib Buat Sebelum Dapatkan Pekerja. 

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

1000 superfans!

Tinggalkan nama dan alamat emel di bawah untuk dapatkan konten premium tentang pengurusan 'HR' gaya korporat melalui emel.

4.7/5