fbpx
uruspekerja

3 Perkara Anda Perlu Untuk Pastikan Pekerja Produktif

Impian seorang pemilik bisnes apabila terbayangkan pekerja adalah:

  • Pekerja yang boleh mendengar kata.
  • Pekerja yang ringan tulang membantu.
  • Pekerja yang boleh berdikari dan bekerja tanpa pengawasan.
  • Pekerja boleh siapkan kerja dengan baik.
  • Pekerja yang hormati masa yang ditetapkan.

Pendek kata, semua orang bisnes mahukan pekerja yang produktif.

Apa maksud produktif untuk bisnes sebenarnya?

Sesuatu usaha yang membawa hasil positif dalam bisnes.

Cabaran disini adalah:

Bukan semua pekerja yang anda ambil adalah produktif.

Ada masanya mereka nampak seperti mereka berusaha dan ada pula masanya nampak mereka seperti ambil mudah kerja mereka.

Jadi apa yang anda boleh lakukan?

Berikut merupakan 3 benda yang anda boleh amalkan untuk pastikan pekerja anda kekal produktif.

PERTAMA: Kata kuncinya adalah arahan.

Anda harus memastikan anda buat dua perkara apabila melibatkan arahan:

a. Anda berikan arahan yang jelas dan logik untuk pekerja tersebut.

b. Pastikan mereka telah terima dan faham arahan tersebut.

Jadi ada dua proses disini, BERI arahan dan TERIMA/FAHAM arahan.

Ia melibatkan kedua-dua pihak.

Kebanyakan masanya, bisnes jadi bermasalah apabila pekerja tidak lagi produktif dan banyak kerja tidak dibuat seperti yang diarahkan.

Antara sebab yang dimaklumkan apabila bertanya kepada pekerja adalah mereka tidak faham apa yang bos mereka nak ataupun mereka tidak jelas dengan arahan yang bos mereka.

Ini menyebabkan proses kerja menjadi lambat dan tidak teratur.

Contoh: Jika anda hendak pekerja anda mencapai target jualan sebanyak 100 unit produk sebulan, anda perlu maklumkan kepada mereka apa yang mereka perlu capai dan bagaimana mahu capai jumlah tersebut.

Disini ada dua arahan yang pekerja perlu faham iaitu:

  • Perlu dapatkan target minimum 100 unit sebulan.
  • Kerja-kerja yang perlu dibuat untuk capai target tersebut.

Pada masa yang sama, anda juga perlu memastikan arahan yang diberikan tersebut  adalah logik untuk mereka jalankan.

Sebagai contoh jualan 100 unit produk tadi, sekiranya jualan tertinggi  anda bagi setiap pekerja adalah menjual 50 unit, bermakna arahan tersebut tidak logik kerana target yang diberikan itu tidak masuk akal melainkan anda memberikan arahan yang jelas kepada pekerja CARA untuk MENCAPAI target tersebut.

KEDUA: Kata kuncinya adalah ganjaran.

Semua orang yang berusaha akan mahukan hasil.

Begitu juga dengan pekerja anda.

Sekiranya mereka cemerlang dan boleh mencapai target yang anda telah beri, mereka pasti mahu ganjaran.

Sebagai contoh;

  • Capai target jualan.
  • Kedatangan penuh.
  • Cemerlang dalam kerja sepanjang masa.
  • Tidak berkira soal waktu bekerja dan sebagainya.

Sudah tentu pekerja akan kekal produktif kerana usaha mereka dihargai dan diberikan ganjaran.

KETIGA : Kata kunci disini adalah pantau.

Walaupun anda merasakan pekerja yang boleh bekerja tanpa pengawasan adalah bagus, anda tetap perlu memantau pekerja anda.

Pekerja yang sentiasa dipantau dan diberikan perhatian lebih mudah menyelesaikan kerja yang diamanahkan kepada mereka.

Tedapat pelbagai aspek yang anda perlu pantau pekerja anda sebagai contoh komitmen masa mereka terhadap kerja yang diberikan, prestasi mereka sepanjang bekerja dan juga kemahiran yang telah mereka perolehi.

Untuk ketahui lebih lanjut untuk pantau pekerja dengan betul, sila klik disini.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

1000 superfans!

Tinggalkan nama dan alamat emel di bawah untuk dapatkan konten premium tentang pengurusan 'HR' gaya korporat melalui emel.

4.7/5